Vaksin denggi berfungsi dengan melatih sistem imun anda untuk mengenali dan melawan virus denggi sebelum ia menyebabkan anda jatuh sakit dengan serius. Ia mengandungi virus yang dilemahkan dan tidak berbahaya, yang membantu tubuh belajar mempertahankan diri. Apabila anda terdedah kepada virus sebenar, sistem imun anda dapat bertindak balas dengan cepat dan melindungi anda daripada demam denggi yang teruk.

Kajian menunjukkan bahawa selepas 12 bulan menerima dos lengkap:

  1. Vaksin melindungi lapan daripada 10 individu daripada mengalami denggi bergejala, dan
  2. Vaksin melindungi sembilan daripada 10 individu dijangkiti denggi daripada dimasukkan ke hospital.

Individu berumur 4 tahun ke atas boleh mendapatkan vaksin denggi. Namun, anda sangat digalakkan untuk mendapatkannya jika anda:

  1. Tinggal/kerap melawati kawasan dengan kes denggi yang tinggi, ATAU
  2. Pernah mengalami demam denggi, ATAU
  3. Mempunyai penyakit kronik

Hal ini meningkatkan risiko anda dijangkiti denggi atau mendapat demam denggi yang teruk.

Vaksin ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta seluruh negara. Anda boleh mencari klinik terdekat yang menawarkan vaksin denggi di

Klinik Direktori Immunise4Life

TIDAK. Sila rujuk doktor anda untuk nasihat tentang masa yang sesuai bagi mendapatkan vaksin ini.

TIDAK. Dos primer terdiri daripada 2 dos, diberikan selang 3 bulan. Tiada dos penggalak diperlukan setakat ini mengikut garis panduan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

YA. Vaksin ini telah dinilai selama 4.5 tahun dan diterima baik oleh individu dalam kajian klinikal. Ia selamat dan telah diluluskan di 42 buah negara setakat November 2024.

Kesan sampingan biasa selepas vaksinasi termasuk:

  1. Sakit / bengkak / kemerahan / lebam / gatal di tempat suntikan
  2. Sakit kepala
  3. Sakit otot atau sendi
  4. Lemah badan
  5. Demam
  6. Jangkitan hidung atau tekak

Maklumat lanjut boleh diperolehi disini

Kesan sampingan serius jarang berlaku.

Namun, antara yang kesan sampingan serius yang boleh terjadi selepas suntikan ialah:

  1. Reaksi alahan
  2. Muntah, cirit-birit, atau sakit perut
  3. Keradangan saluran pernafasan

Kekal di klinik/hospital sekurang-kurangnya 15 minit selepas menerima suntikan supaya doktor boleh memantau dan memberikan rawatan segera jika perlu.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini.

 Jika anda mengesyaki mengalami kesan sampingan, dapatkan rawatan segera di mana-mana klinik berdekatan jika perlu.

Seterusnya, laporkan pengalaman anda melalui:

  1. Klinik / hospital terdekat, ATAU
  2. Terus kepada NPRA di laman sesawang mereka

 Vaksin tidak memberikan perlindungan 100%. Namun, ia mengurangkan risiko anda untuk jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital akibat denggi.

YA. Denggi tidak mengenal usia. Malah, 45% kematian akibat denggi pada tahun 2023 berlaku dalam kalangan individu berumur 20 hingga 49 tahun.

Rujukan:

  1. Biswal, S., Reynales, H., Saez-Llorens, X., Lopez, P., Borja-Tabora, C., Kosalaraksa, P., Sirivichayakul, C., Watanaveeradej, V., Rivera, L., Espinoza, F., Fernando, L., Dietze, R., Luz, K., Venâncio da Cunha, R., Jimeno, J., López-Medina, E., Borkowski, A., Brose, M., Rauscher, M., LeFevre, I., … TIDES Study Group (2019). Efficacy of a Tetravalent Dengue Vaccine in Healthy Children and Adolescents. The New England journal of medicine, 381(21), 2009–2019. https://doi.org/10.1056/NEJMoa1903869
  2. National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). QDenga Proposed Package Insert. Retrieved at: https://quest3plus.bpfk.gov.my/front-end/attachment/19386/pharma/539089/539089_20221207_105812_.pdf
  3. National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Qdenga – Consumer Medication Information Leaflet. Retrieved at: https://quest3plus.bpfk.gov.my/front-end/attachment/19386/pharma/539436/539436_20221207_185717_.pdf
  4. The Ministry of Health Malaysia. Data on file.
Shopping Basket
error: Content is protected !!