Jom, bersama tamatkan kematian akibat denggi!

Jika anda percaya mana-mana kenyataan di atas, sudah tiba masanya untuk semak semula realiti. Ini adalah salah faham yang biasa dalam kalangan rakyat Malaysia.


Ramai yang masih mengambil ringan akan demam denggi, dan menyangkakan mereka akan terlepas daripada komplikasinya yang serius… sehinggalah mereka sendiri mengalaminya.

Realiti Demam Dengi

Pertama sekali, demam denggi BUKAN sekadar demam biasa. Ia juga TIDAK mudah dirawat kerana TIADA ubat atau antiviral yang khusus untuknya.

 
Oleh itu, kita tidak boleh mengambil mudah akan demam denggi. Walaupun dengan rawatan perubatan, demam denggi boleh menjadi teruk dengan CEPAT dan menyebabkan komplikasi serius, dan KEMATIAN.

 
Angka tidak menipu – jumlah kematian akibat denggi semakin meningkat setiap tahun!

Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia

Pada tahun 2023, 45% kematian akibat denggi melibatkan golongan dewasa berumur antara 20 hingga 49 tahun.

Bagaimana untuk tahu jika kita mengalami demam denggi?

Berikut merupakan cara untuk mengenal pasti simptom demam denggi dan gejala amaran demam denggi yang teruk.

Jika anda atau ahli keluarga mengalami MANA-MANA simptom atau gejala amaran ini, sila dapatkan rawatan SEGERA. Mencegah adalah lebih baik daripada menyesali.

Adakah anda berisiko tinggi mengalami demam denggi yang teruk?

Sesiapa sahaja boleh mengalami demam denggi yang teruk. Namun, risiko anda meningkat sekiranya anda:

pernah mengalami demam denggi sebelum ini

mempunyai berat badan berlebihan (obes)

menghidap kencing manis

mempunyai tekanan darah tinggi

menghidap asma

warga emas atau kanak-kanak kecil

sedang hamil

mempunyai masalah buah pinggang

Namun, berita baiknya adalah, demam denggi yang teruk dan kematian akibat denggi BOLEH dicegah.

Organisasi kesihatan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kerajaan kita sedang berusaha ke arah 0% kematian akibat denggi yang boleh dicegah menjelang tahun 2030.


Sementara mereka memainkan peranan mereka, kita juga harus menjalankan tanggungjawab kita! Jadi, apakah yang boleh kita lakukan sebagai orang awam untuk mencapai matlamat ini?

Lindungi diri anda dan orang tersayang daripada demam denggi yang teruk serta kematian akibat denggi dengan mengamalkan empat langkah mudah ini:

Langkah 1: Musnahkan tempat pembiakan  Aedes

Langkah 2: Elakkan gigitan nyamuk

Langkah 3: Dapatkan perlindungan melalui vaksinasi

Langkah 4: Dapatkan rawatan segera

Setiap nyawa berharga. Jom bersama-sama tamatkan kematian akibat denggi!

Rujukan:

  1. Ministry of Health (MoH) Malaysia. Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia – Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia. Retrieved at: https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/17
  2. National Health Service (NHS) of England. Dengue. Retrieved at: https://www.nhs.uk/conditions/dengue/
  3. U.S Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Symptoms of Dengue and Testing. Retrieved at: https://www.cdc.gov/dengue/signs-symptoms/index.html
  4. Rathore, A. P., Farouk, F. S., & St John, A. L. (2020). Risk factors and biomarkers of severe dengue. Current opinion in virology, 43, 1–8. https://doi.org/10.1016/j.coviro.2020.06.008
  5. Tejo, A. M., Hamasaki, D. T., Menezes, L. M., & Ho, Y. L. (2023). Severe dengue in the intensive care unit. Journal of intensive medicine, 4(1), 16–33. https://doi.org/10.1016/j.jointm.2023.07.007
  6. Machado, C. R., Machado, E. S., Rohloff, R. D., Azevedo, M., Campos, D. P., de Oliveira, R. B., & Brasil, P. (2013). Is pregnancy associated with severe dengue? A review of data from the Rio de Janeiro surveillance information system. PLoS neglected tropical diseases, 7(5), e2217. https://doi.org/10.1371/journal.pntd.0002217
  7. Awad, A. A., Khatib, M. N., Gaidhane, A. M., Ballal, S., Bansal, P., Srivastava, M., Arora, I., Kumar, M. R., Sinha, A., Rawat, P., Sah, S., Bushi, G., Lakhanpal, S., & Shabil, M. (2024). Predictors of acute kidney injury in dengue patients: a systematic review and meta-analysis. Virology journal, 21(1), 223. https://doi.org/10.1186/s12985-024-02488-7
Shopping Basket
error: Content is protected !!