
Ambil langkah-langkah untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada demam denggi yang teruk. Cari klinik berdekatan yang menawarkan vaksinasi denggi hari ini!

Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik & Pakar Kardiologi Pediatrik, menjawab soalan berikut:
Sejauh manakah seriusnya penyakit denggi di Malaysia?
Denggi masih lagi ancaman kesihatan yang serius di Malaysia. Pada tahun 2023, kes denggi adalah yang ketiga tertinggi selepas COVID-19 dan penyakit tangan, kaki dan mulut.
Walaupun kes denggi menurun dalam 0.58% pada tahun 2024 tapi kematian akibat denggi naik 17% berbanding tahun 2023.
Bagaimanakah rakyat Malaysia boleh melindungi diri mereka daripada denggi dan denggi teruk?
Berita baiknya, kita semua boleh mainkan peranan untuk mencegah denggi dan elak kematian akibat denggi.
Jadi, mari kita:
Vaksin Denggi. Adakah Ia Benar-Benar Diperlukan?
Dr Koh Kar Chai, Pengamal Perubatan Am, berkongsi pandangannya:
Sebagai seorang doktor, saya sendiri nampak macam mana teruknya denggi boleh jadi walaupun pada orang yang sihat.
Sebab itu saya pilih untuk lindungi diri dengan ambil vaksin denggi.
Dr Law Teik Yeong, Pengamal Perubatan Am, berkongsi pengalamannya:
Saya bukan sahaja ambil vaksin denggi untuk diri sendiri tapi juga ahli keluarga saya. Isteri saya, anak-anak, mak ayah saya, mak ayah mertua — semua dah divaksin.
Kenapa? Sebab saya nak pastikan kami semua dilindungi daripada risiko jangkitan denggi teruk.
Denggi tak pilih sesiapa — muda, tua, sesiapa pun boleh kena.
Dato’ Dr Chow Ting Soo, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, memberikan maklumat lanjut tentang vaksin denggi:
Adakah vaksin denggi ini benar-benar berkesan dan selamat?
Vaksin ini membantu badan kita mengenal pasti dan melawan virus denggi, untuk lindungi kita daripada keempat-empat jenis virus.
Berdasarkan kajian:
Vaksin ini sebenarnya selamat digunakan. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah ataupun Drug Control Authority di Malaysia telah menilai keselamatannya secara teliti sebelum ia diluluskan untuk digunakan di negara kita.
Apakah kesan sampingan vaksin denggi?
Yang penting, saya akan syorkan vaksin ini kepada semua pesakit termasuklah yang muda dan yang sihat.
Kenapa begitu? Sebab mereka yang muda dan sihat pun berisiko untuk mengalami denggi yang teruk.
Malah, berdasarkan kepada data dari tahun 2023, 45% kematian akibat penyakit denggi ini berlaku dalam kalangan individu yang berumur dari 20 hingga 49 tahun.
Sebab itu jangan pandang ringan kepada bahayanya denggi ini.
Dr Selva Kumar Sivapunniam, Pakar Pediatrik, menjawab soalan berkaitan kelayakan dan akses kepada vaksin denggi:
Siapa yang perlu menerima vaksin?
Individu yang berumur 4 tahun dan ke atas boleh mendapatkan vaksin ini.
Siapa yang sangat digalakkan untuk mendapatkan vaksinasi denggi?
Siapa yang tidak boleh menerima vaksin denggi?
Dimanakah anda boleh mendapatkan vaksinasi denggi?
Vaksin ini kini boleh didapati di hospital swasta dan juga klinik swasta di Malaysia. Cari klinik berdekatan yang menawarkan vaksin denggi di sini: Direktori Klinik IFL
Apakah langkah-langkah lain untuk mencegah denggi?
Dr Haema Shunmugarajoo, Pakar Perunding Pediatrik & Pakar Penyakit Berjangkit, menekankan langkah-langkah pencegahan lain selain daripada vaksinasi.
Suntikan vaksin memang penting, tapi jangan lupa juga untuk:
Empat langkah ini boleh bantu kita cegah denggi dan elak kematian. Saya harap anda boleh amalkan dan galakkan orang tersayang untuk turut sama.
Ambil langkah-langkah untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada demam denggi yang teruk. Cari klinik berdekatan yang menawarkan vaksinasi denggi hari ini!